My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan al Mubarak buat semua



Kad dari Noorshaa..TQVM

Wednesday, July 27, 2011

Tomato Cream Pasta

Salam buat sume.....3 hari tak bersiaran, rasa mcm lama sgt. Macam2 alasan diberi.....sibukkk, penat....malas pun ada, entahlah. Apa2 pun mlm ni, ida gagahkan juga n3 satu menu b/fast semalam, dah 2x buat sebenarnya. Resepi cilok kat blog kawan ida kt sini Cik Norai. Mekasih byk2 ye norai, izinkan k'ida share kt sini k.
Inilah menu jika habiss idea nk masak...senang dan sedap.

Sumber : Cik Norai ( Aku Perantau )
Resepi asal : cookpad

Ingredients ( 2 orang )
  • Bawang putih - 2 ulas (didadu halus) ida letak 3 ulas
  • Bawang besar - half (didadu kasar)
  • Cut tomato - 1 tin
  • Sos tomato - 3 tbsp
  • Kiub ayam - 1/2 kiub
  • fresh cream - 100 ml ( ida guna whipping cream & tambah sedikit air panas )
  • Garam - secukupnya
  • Black pepper - secukupnya
  • Seafood - secukupnya ( boleh ganti tuna, salmon, hotdog, burger,ayam etc ) ida letak udang kecil2 yg frozen
  • Olive oil - 3 tbsp
  • Pasta -200 gram ( Rebus seperti yang diarahkan)
  • Ida tambah cendawan shitake yg fresh, capsicum merah...dipotong
Method
  1. Masukkan olive oil dan bawang putih into kuali. Panaskan dengan api sederhana.
  2. After bau dah naik, masukkan bawang besar + seafood.
  3. After seafood hampir masak, masukkan tomato + kiub ayam + sos tomato. Biar mendidih.
  4. Masukkan fresh cream.( ida tambah sikit lagi air panas ) dan sayur. Gaul rata.
  5. Masukkan garam + black pepper.
  6. Masukkan pasta.
  7. Hidang bersama tobasco dan daun parsley/oregano. (Optional)

Jemput makan sume!!

Sunday, July 24, 2011

Eggless Caramel Pudding


Salam dipetang Sabtu, ida tak boleh cakap banyak, manyak sibukkkk........ptg ni ida nak n3 satu resepi puding yg sedapp dan tak muak dimakan, pas tu jimat telur..of coz rasa tak sama dgn yg ada telur, tapi sedap jugak, light jer taste dia. Resepi amik kat dapur Kak anim ( My kitchen ). Mekasih byk2 ye kak, menurut k'anim, resepi asal dari Along Roz@HomeKreation. Halalkan dan izinkan ida copy resepi dan share kat sini ye kak.
Kalau kesempatan malam2 nanti ida b/walking dapur kwn2 k.


Saiz: 9" Round ( ida bekukan dlm acuan kecil2 )
BAHAN2:
3 sb Gula - untuk buat karamel ( ida buat 4 sb utk jadi
kan kuah sekali )

10g Serbuk Jelly/Agar-Agar
1100ml Air
120g Gula
1 tin (200ml) Susu Cair*
2 sb Tepung Kastad*
1 st Vanilla Essence* (* campur

CARA2:
1. Letak gula dlm tin acuan & hanguskan di atas api kecil.( ida hanguskan dlm non-stick pan, apabila gula dh keperangan, ida letak sikit air )

2. Letak serbuk agar-agar & air dlm periuk & masak sehingga cair.
Masukkan gula & masak sehingga gula hancur.
Masukkan bancuhan susu & didihkan sebentar selama seminit.

3. Tuangkan ke dlm acuan tadi & sejukkan di suhu bilik.( ida letak lebih kurang 1 sudu teh karamel ke dlm setiap acuan kecil2, baru tuang puding yg telah dimasak tadi )

Sejukkan dlm peti ais.


Friday, July 22, 2011

Fish and Chips


Menu atas permintaan hubby, dia teringin nak mkn fish & chips plak. Ok la, bg memenuhi permintaan dia, dgn bantuaan en.google (youtube masakan barat)....maka terciptalah ia semalam tuk b/fast. Untuk cara & resepi asal leh tgk SINI ida ada ubah2 sikit. Memang sedappp!!! Ayat org yg dah lama tak makan...heeeeee

Sumber : youtube masakan barat ( by OriginalNakedChef )

Olahan : Happy Cooking Time

Bahan:
  • 5 ketul kecil ikan isi putih
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit garam*
  • 1/2 cwn tepung gandum*
  • 1/2 cwn tepung jagung*
  • 1/2 - 3/4 cawan air ( ida letak air sejuk dlm peti )...ida tak letak fizzy water spt kt video tu
  • 1 biji telur saiz kecil*
  • Sedikit serbuk lada sulah*
  • Sedikit serbuk kunyit*
  • Sedikit serbuk cili*
  • Sedikit campuran tepung gandum + t.jagung utk salut ikan
Cara-cara:
  • Bersihkan ikan, lapkan dgn kain bersih .....mesti betul2 kering
*tips....biar ikan terbalut dgn kain bersih tu lama sikit, supaya ia betul2 kering
  • Taburkan ikan dgn sikit serbuk lada hitam dan sikit garam jer
  • Bancuh bhn yg bertanda *
  • Panaskan minyak masak( pastikan minyak yg banyak )
  • Salut ikan dgn campuran tepung kemudian celup ke dlm batter/bancuhan tepung
  • Goreng di dlm minyak yg penuh hingga msk dan garing..balik2kn dan toskan
SEDIA DIHIDANGKAN
* psst : Sediakan bhn pelengkap yg lain dulu cth

-Salad buah
  • Buah pilihan dipotong dadu
  • Mayonis
  • Sedikit madu
cara:
  • Gaul sebati sume bahan

-Chips/kentang goreng ( beli yg ready made dan goreng )
-Sos cili dan mayonis ( ida pakai French Dressing )



Wednesday, July 20, 2011

Fettuccine Carbonara


Salam kembali.......nak n3 satu menu pasta sebelum masuk titon. Saja belek2 dlm album...terbekenan dgn gambar menu yg dah terperap lama dlm simpanan ida. Memang lama sgt dah.....orang yang dah makan pun mesti dah ingat2 lupa kot fetuccine carbonara yg ida masak ni. Sekali sekala masak pasta pesen ni........sedapppp!!
Resepi korek2 kat dapur kak ummi kuantan ( Home Sweet Home ). Mekasih yg tidak terhingga buat kak ummi sayang. Izinkan ida copy resepi dan share kat sini ye kak. Menurut kak ummi, resepi asal dari Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza. TQVM to both of u.

Sumber asal : Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza
Sumber : Home Sweet Home ( K'Ummi )

BAHAN: ( ida ada ubah sikit2 ikut bhn2 yg ada kat dapur ida....minta maaf banyak2 )

  • 300 gm pasta fettuccine
  • 2 sudu makan minyak jagung....ida guna olive oil
  • 10 batang sosej (dihiris nipis)
  • 1 cawan susu segar
  • 10 biji cendawan butang (dipotong nipis)...ida tak letak sbb no stok masa tu
  • *1 biji capsicum merah.....ida tak letak
  • *1 biji capsicum hijau
  • *1 biji capsicum kuning.....ida tak letak
  • * 2 biji tomato
  • * 1 labu bawang besar (* dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih - dicincang ( ida letak 4 ulas )
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 suduk kecil serbuk oregano
  • 125 gm keju Cheddar (dipotong halus) ....ida letak parutan mix cheese
  • 100 gm keju Parmesan (dicincang halus) - ida guna yg serbuk
  • 30 gm daun parsley (dicincang halus)
  • garam secukup rasa
  • Ida tambah 2 ekor sotong yg dipotong bulat2
  • Ida tambah dry parsli utk tabur sms m'hidang
Cara-Cara:-
  1. Masak air secukupnya di dalam periuk dan bila mendidih masukkan garam sedikit dan fettuccine, masak hingga lembut (lebihkurang 8 - 10 minit). Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak jagung ( ida guna olive oil ) dalam kuali non stick dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan sosej, ida tambah sotong, tomato, cendawan butang ( ida tak letak ) dan susu segar. Kacau rata.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam. Kacau rata lg.
  5. Masukkan keju Cheddar ( ida letak parutan mix cheese ), kesemua capsicum dan masak hingga kuah pekat.
  6. Tuangkan ke atas fettuccine dan taburkan daun parsli ( ida tambah dry parsli ) dan keju Parmesan.
  7. Sedia dihidangkan.

Tuesday, July 19, 2011

Nasi Lemak Hijau harum daun limau purut



Salam di pagi Rabu...semoga sumenyer sihat dan ceria2 selalu. Nasi lemak kaler hijau yg menarik, hijau bukan hijau pandan ni, hanya pewarna sahaja.....sbb tak ada stok daun pandan. First time tgk nasi lemak hijau ni semasa majlis mkn2 kt sini, kawan ida Teez yg buat, lama dah ni sebelum start berblogger lagi. Dah mula berjinak2 ngan blog ni, nmpk..mmg ramai yg dah buat. Kalau letak air daun pandan ni, mesti lagi wangi. Ida letak daun limau purut shj utk menaikkan aroma nasi lemak ni.

Sumber : Happy Cooking Time


RESEPI NASI LEMAK


  • 5 cawan beras siam
  • 2 cawan santan pekat dlm tin......kalau ada santan fresh lg sedap
  • 4 cawan air
  • 3 sd teh garam
  • 1 1/2 sd teh gula
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1/2 inci halia ......dipotong 2 dan ketuk
  • 5 helai daun limau purut
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • Beberapa titik pewarna hijau
Cara-cara:
  • Basuh beras 2x di dalam periuk nasi elektrik.
  • Keluarkan air basuhan beras.
  • Masukkan santan, air, garam, gula, bawang putih, halia, bunga cengkih dan beberapa titik pewarna hijau serta daun limau purut.
  • Kacau rata dan masak nasi seperti biasa
RESEPI SAMBAL BILIS:
  • 1 cawan ikan bilis halus ( ida pakai ikan bilis Jepun )
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 labu bawang besar* ...kalau nk tukar kpd bwg merah pun boleh
  • 4 hiris nipis halia*
  • 1/2 labu bawang besar..dihiris/didadu ( optional )
  • Sedikit belacan...lebih kurang sebesar ibu jari
  • Sedikit air asam jawa
  • 4 sd bsr cili kering kisar
  • 1 sd besar gula @ secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa ( optional )
CARA:
  • Kisar bahan yg bertanda *
  • Panaskn minyak dan tumis bhn kisar hingga naik bau dan sikit garing
  • Masukkan cili kisar, tumis hingga masak
  • Masukkan bahan2 lain tambah sedikit air supaya tidak hangit..tumis hingga masak
  • Masukkan ikan bilis dan masak seketika..jika terlalu kering tambah sedikit air panas
  • Perasakan garam secukupnya dan tutup api
NASI LEMAK HIJAU tadi sedia utk dihidangkan bersama ikan bilis goreng, hirisan timun serta lauk2 pilihan yg lain.

Monday, July 18, 2011

Cendol Special

Bagi Ida dah cukup special dah ni....maklum la, benda2 yg susah nak dapat kat Japan ni, amat special pada kami, nak-nak musim summer yang semakin hari semakin panasss.
Hari tu dah buat pakai tepung beras Jepun, lembut sangat jadinya, tepung beras Jepun tak sama ngan M'sia punya...ye la, nasi dia pun lembut. Kali ni buat lagi TAPI ida try pakai tepung Katakuriko ( tepung ubi kentang )..adik beradik tepung ubi la juga ni. Ok la, dia kenyal2 sikit. Kalau la ada stok t.beras M'sia ni, mesti lagi sedappp
Kalau nak tgk yg buat dgn tepung beras klik SINI

Kali ni, yang tak der cuma pulut.....tak buat, Tapi yg specialnya, ida parut ais cam nak buat ABC tu....Emmmmm.......sedapnyer!!!! Sejuk, lemak, manis dan enak sekali.....................

Nampak tak tekstur cendol ida kali ni......panjang sikit dari yg 1st time buat dulu...Kali ni, ida terpaksa korbankan acuan ROTI JALA utk membentukkan cendol...he.he, ini idea hubby korbankan macammana erk??? Muncungnya terpaksa ida potong kasi pendek, untuk mendapatkan lobang yang lebih besar. Tak per la, sekarang kalau buta roti jala, dah tak pakai acuan tu lagi...ida pakai botol sos/mayonis yang muncung 3 tu jer.
Orang dulu2 pakai tempurung kelapa yg dibuat lobang2 utk membentukkan cendol ni.....masih ingat masa kecik2 dulu, mak pernah buat, skrg jer dh tak buat lagi...senang beli jer kn.

Resepi cendol diolah dari resepi sebelum ni:Resepi asal ( guna tepung beras dari myresepi (siti mariam)...jutaan terimak kasih kpd pemilik resepi asal, minta dimaafkan sbb ida edit sedikit resepi asal ikut bhn2 yg ida ada kat sini

Bahan:
  1. 1 cawan tepung katakuriko/tepung ubi kentang
  2. 4-5 cawan air pandan.....sukatan air terpaksa dilebihkan
  3. secubit garam
  4. 1 sudu kecil air kapur
  5. sedikit pewarna hijau (optional)

Cara-cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan roti jala dan tekan dgn sesuatu yg lebih kecil dan panjang dari acuan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan roti jala tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

Resepi air gula dan santan:

Air Gula:
150 gm gula merah ( ida pakai yg Japan, jenis ketul2 kecil )
1 1/2 cawan air @ secukupnya
2 sd besar gula pasir

Cara:
Masak semua bahan di dlm periuk hingga semua larut & sedikit pekat
Tutup api dan biar sejuk

Santan:
1 tin santan pekat dlm tin/400 mls
1/2 sd teh garam

Cara:
Masak semua bahan di dlm periuk hingga mendidih sambil kacau.
Tutup api dan biar sejuk

Bahan lain:
  • Ais ketul diparut seperti nk buat ABC
  • Jagung manis dlm tin
  • Red kidney beans
OK, semua dah lengkap bahan-bahannyer. Sedia utk dihidangkan.


    Jemput makan semua!!!

    Sunday, July 17, 2011

    Sizzling Mee




    Salam semua!! Apa khabar? Harap sumenyer sihat.......hari ni baru sempat nak jenguk blog, tu pun tak boleh lama2...kebetulan Japan PH ari ni, anak2 sume ada kat rumah. Bila diaorang sume ada kat rumah ni, biasa la........
    Jom makan 'sizzling mee'....sizzling mee ni kalau masak dlm hot plate dia lagi best ni!!!! ida cari2 jugak kat sini, tak jumpa la hot plate tu.
    Sumber resepi cam tertera kat bawah ya. Resepi asal adalah 'sizzling yee mee ' ida tukar kpd mee kuning jer sbb tak der. Mekasih banyak2 kpd tuan punya resepi. Izinkan ida share resepi kat sini pulak.
    Kat M'sia memang kami suka makan mee ni, nak2 di serve dlm hot plate tu..Panasssss berasaaaaap!!!! Dapat buat ni, kebetulan hari tu ida terjumpa minyak bijan yg boleh makan kat kedai sini. Boleh la kan, sekadar nak makan anak-beranak tu. Kalau la ada cili jeruk ni....mmg lagi mabeless ni. Hai..susahnyer nak dapatkan cili besar kat Japan ni.


    Sumber : Myresepi ( Lilydvalley ) TQVM

    BAHAN-BAHAN
    • 2-3 sanggul (gulung) ..ida tukar kpd mee kuning 250 gm
    • 5 ulas bawang putih ( ida ketuk & cincang halus )
    • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4 ...ida tak de stok so tak letak
    • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa ....ida pakai ayam bertulang
    • 3 biji cili kering- potong 2 ( ida potong kecik2 )
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 3 sudu besar kicap cair
    • 1 sudu besar kicap pekat ( ida lebihkan )
    • 1/2 in halia- hiris nipis
    • Serbuk lada hitam ( sukatan ikut citarasa )
    • garam- secukup rasa
    • Beberapa titik Minyak bijan
    • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
    • sedikit minyak utk menumis
    • Ida tambah sedikit perahan air lemon dan telur

    CARA PENYEDIAAN

    1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
    2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
    3. Masukkan 2 cawan air.
    4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
    5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
    6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
    7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
    8. Akhir sekali, masukkan yee mee ( ida letak mee ) dan telur yg ida tambah biarkan sebentar & hidangkan panas2.

    Thursday, July 14, 2011

    Cendol Japan Mari

    Salam bertemu kembali.....dapur ida senyap sunyi 2 - 3 hari ni, bukan apa sibuk mcm2 sibuk...salah satu yg bz lak, terpaksa cat balik rumah kita ni....perasan tak?????

    Cendol Japan mari ni mmg menggunakan tepung beras Japan. Huhhuuu.....tak sama ngan tepung beras m'sia rupanya, cendol ku tak pejal. Cendol ku jadi lembut la pulak......bukan ini yg ku diinginkan. Sekadar boleh mkn jer la ni. Cendol kita bentuk cam ulat jer kan, sbb pakai senduk lobang tu jer......
    Sumber resepi cam tertulis kt bawah ye...mekasih banyak2 kpd tuan punya resepi...minta dihalalkan pula ida share resepi kt sini....

    Sumber : My Resepi ( Siti Mariam )..TQVM

    Bahan-bahan ( 4-5 orang )

    1. 1 cawan tepung beras
    2. 3 cawan air pandan
    3. secubit garam
    4. 1 sudu kecil air kapur
    5. sedikit pewarna hijau (optional)

    Cara-cara:
    1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
    2. kacau selalu supaya tidak hangit
    3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
    4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
    5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang...cth cam senduk ida tu
    6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

    Layan diri la ye.........ini saja yg sempat ida hidang, pandai2 ler cedok. Mangkuk dan sudu ada kat dapur. Kira cendol special gak ni..siap ada pulut & jagung cream tau.....kacang merah jer tak der. Oppps !!! lupa lak, ketul ais kt peti k..tuan rumah amat sibuk hari ni...banyak benda lum settle lagi ni...mintak maaf banyak2 dari tuan rumah.

    Tuesday, July 12, 2011

    Aduhhh...mcm mana ni..tersilap tekan..kuar rupa lain dahh

    Makan cherry utk sedapkan hati.....
    Kesilapan sdg berlaku di sini...sbb kegatalan tgn tekan sana sini, maka inilah jadinya...huhuhuu
    Ada perasan tak????Nguper dah lain



    Monday, July 11, 2011

    Moist Yogurt Chocolate Cake


    Kek yang enak banget!! Kek cakelat ni ida buat hari Sabtu lepas utk bawa ke tmpt BBQ esoknya. Resepi amik kat dapur Kak Cik Manggis, booked awal2 masa nmpk hari tu, baru b'peluang try buat Sabtu lepas. Emmm....sedap sgt!! Mekasih tak terhingga, ida kongsi resepi kat sini pulak ye. Mintak halal ye copy resepi. Resepi asal katanya Moist Sour Cream Chocolate Cake ( Allrecipes ) CM amik dari Along Roz. Kak Cik Manggis tukar kpd yogurt, ida pun sama sbb tak der sour cream. Minta maaf bebanyak juga kpd tuan punya resepi sbb derhaka sikit. K'Nor ( Secubit Garam ) pun buat jugak, baru jer nmpk dia n3 semalam...tu la sama la pulak, mcm janji dh ngan K'Nor nk uat kek yg sama.


    Deco pakai taram, mana apa yang ada kat dapur, ida campak jer kat atas kek tu.......lagipun kesuntukan masa , maka inilah hasilnyer yang tak seberapa.
    BAHAN:
    • 1 cawan serbuk koko
    • 1 cawan air mendidih
    • 1 cawan butter-pada suhu bilik
    • 4 biji telur
    • 2 1/2 cawan gula halus
    • 2 tsp essen vanilla
    • 3 cawan tepung kek * ida letak tepung gandum biasa
    • 2 tsp baking soda *
    • 1 tps baking powder *
    • 1/2 tsp garam halus * ( ayak sume * )
    • 1 cawan fresh yogurt....ida letak plain yogurt
    CARA:
    • Bancuh serbuk koko dgn air mendidih hingga rata
    • Pukul gula dan butter hingga kembang dan ringan
    • Kemudian masukkan telur satu persatu,essen vanilla, yogurt dan tepung yg diayak bersama bhn lain tadi. Pukul sebati.
    • Akhir sekali masukkan bancuhan serbuk koko dan pukul lagi hingga rata
    • Bakar dgn m'gunakan loyang bulat 9 " @ 23 cm. Sapu butter pd loyang @ alas dgn baking paper.( Adunan kek ni banyak, loyang ida hanya 20 cm, jadi bal. adunan ida bakar satu lagi dlm loyang kecil )
    • Bakar dlm suhu 170 C selama 1 jam @ hingga masak.( ida bakar lebih kurang dlm masa 45-50 minit )
    • Biarkn dlm dlm oven 10 minit baru keluarkan dr oven
    • Biar kek sejuk baru disalut dgn coklat ganache.
    RESEPI ASAL CHOCOLATE GANACHE ( HomeKreation ) yg ni ida tak ikut, ida buat ganache sendiri dan buat sikit jer )
    BAHAN:
    • 450 gm coklat masakan
    • 300 gm cream ( boleh letak whipping cream )
    Cara:
    • Masukkan semuanya kedalam periuk yang sesuai.Masak dengan menggunakan api yang kecik sehingga coklat cair.kacau hingga sebati
    • Biarkan betul-betul sejuk baru sapukan pada kek...selamat mencuba

    CHOCOLATE GANACHE YG IDA BUAT

    Bahan:
    • 180 gm cooking chocolate....kali ni ida hanya pakai chocolate cubes
    • 120 mls whipping cream
    • 20 mls susu segar
    • 1/2 sd besar butter
    • 1 sd teh gula halus
    CARA:
    • Panaskan whipping cream dan susu secara double boiler.
    • Dah agak2 panas, masukkan coklat.....biar seketika, apabila coklat agak2 sudah lembut baru kacau dan masukkan juga butter dan gula....kacau hingga sume larut. Padamkan api dan keluarkan.
    • Biar sedikit pekat baru curahkan ke atas kek dan hias mengikut kreativiti masing2.
    • Contoh hiasan yg ida letak....coklat snickers, cherry, blueberry dan coklat kissess
    Baru teringat, kt dlm fridge ada blueberry.....at last, baru ida tabur sikit blueberry tu...Gabungan yang serasi, dua2 Japan mari. Itu la fresh cherry Jepun / sakura bo......lebih mahal drpd American cherry. Ida prefer sakura bo ni...lebih juicy, sedapppp!


    Ini jer la gambar kek yg dah dipotong, 'outdoor shoot' ni....masa kat tempat BBQ hari tu, best!!! tmpt BBQ tu dekat2 dgn laut...dapat la juga angin sepoi2 tu.

    Sunday, July 10, 2011

    Award & Tag dari Ika, Norshaa dan K'Amie..TQVM


    Salam di hari Isnin, bulan yang penuh barakah.....dua hari / weekend yg lepas amat sibuk dan letih.... ida tidak dapat bersiaran. Baru tengah hari ni nk jenguk2 blog, ......tgk2 tuuuu dia, berderet komen yg belum b'jawap dan masih belum sempat nk jawap......mintak maaf banyak2, insyaallah..nanti ida jawap. Sekarang nak b/walking rasanya dah tak sempat dah..insyaallah kalau free2 ida ronda2 k.
    Tup2 yg paling gembira tak terkata....bila baca komen kawan2 kat post sebelum ni, ada yg menghadiahkan award seperti tertera kat atas ........sape ye, mekasih tak terhingga dan terkata kepada Ika ( Arah ), Norshaa ( 1001 Cerita 1001 Rasa ) dan K'Amie
    ( THE STORY OF AMIE'S LITTLE KITCHEN ) ye..ye..ye dapat award!!!! macam tak layak je nk amik. Ok la ida segerakan tugas yg ni dulu, walaupun hajat sebelum nk n3 'Moist Yogurt Chocolate Cake' yg buat utk BBQ semalam. TAPI sebelum amik atau dah amik kena tunaikan 2 syarat ye:
    1. Nyatakan 7 perkara mengenai diri kita
    2. Tagkan 5 rakan blogger lain yang dipilih utk menerima award yang sama
    Ok la, ida penuhi syarat yang no.1 dulu......kita sebenarnya malu dan segan nk war2 kn ttg diri sendiri kat sini...kita rasa kat sini mcm insan kerdil jer. Apa2 pun diharap 7 perkara yg ida nyatakan di sini dpt memenuhi syarat2 yg telah diberikan...
    1. Kita orang biasa2 jer, asal pun dari orang susah dulu, syukur alhamdulillah dengan apa yang telah kita miliki sekarang, ada suami penyayang dan ada 4 orang anak yang lasak2 ( 3 puteri dan 1 putera). Sebenarnya asben kitalah yg syorkan kita bukak blog masak2 ni, mula-mula tercipta blog ni pun adalah hasil usaha dia juga, ssb kita mula2 dulu tak berapa pandai selok-belok dunia IT ni, skrg pun masih merangkak-rangkak lagi. Mekasih banyak2 ye sayang, nak tahu....dia la juga pengkritik utama saya, pengkritik taste makanan yang saya masak, deco2 yang saya buat dan pic makanan yang saya ambil. Kritikan yang membina kan sayang.....Kita kerja pun biasa2 jer, cuma sekarang kita tgh b'cuti tanpa gaji ikut asben further study di Japan
    2. Umur kita dah 35 thn....dah tua, jika ada yg kita tak terpanggil kakak atau abang tu, kita mintak maaf banyak2...sbb tak tau. Nanti perbetulkan k. Nama kita panjang sikit ' Wan Rozaida Mazlina ' kalau nak cari kat facebook, taip jer nama tu, kuar la.....insyaallah sape2 yg kita kenai, dapat cam,kita add jer...tapi kalau ada yg kita tak perasan tu, sila ingatkn saya.
    3. Saya seorang yang pendiam....sape yg kenal saya, mmg dah masak. entah la, kita mmg jenis mcm ni...mmg tak boleh ubah. Sape2 yg dekat dgn saya, mesti boring kn....tak ada riuh rendah cerita-ceriti dari saya. Memang saya tak layak jadi cikgu, kalau jadi pun, mesti anak2 murid boring...kekadang dgn suami sendiri pun banyak suasana bisu dari bercakap..entah la..itu la saya.
    4. Suka memasak......kita main masak2 ni sejak sebelum kahwin lagi. Kita cuba belajar, dulu2 kita banyak tengok kakak kita yg cikgu tu memasak. Sikit2 kita belajar juga dari dia, belajar sendiri, dari kawan dan sekarang dari rakan blogger serta sumber internet yang lain. Mekasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi berkongsi idea masakan. Kita juga akan cuba kongsi ilmu masakan sekadar yang termampu. Jika ada yang terkurang dan tersilap tu, kita mintak maaf banyak2. Mekasih banyak2 kepada yang sudi menjadi followers 'Happy Cooking Time' dan kepada yang sudi berkunjung ke sini.
    5. Warna kegemaran rasanya more to 'green' . Tapi idak la sume kita nak kaler hijau. Baju sanding kita pun kaler hijau tau...hi..hi..hi teringat la pulak nostalgia 9 tahun yang lepas...Ohhhh indahnyer kan.....rasa nk sanding semula...ishhhh kita org pompuan ckp tak per...tapi kalau org lelaki yg cakap bahaya tau!! hati2 tu !!!!!
    6. Senang menitiskan air mata.....huk huk huk...tak kira tgk citer sedih atau kena marah. Tak der bunyi, tapi mata merah berair heeeee...
    7. Penakut dan takut hilang jika dah terdesak..Sebab apa kita cakap cam tu, kita ni sebelum kahwin dah ada driving license. awal2 kahwin ada drive sbb asben dok jauh, tapi tak der ler jauh2 drivenyer. Pas dah pindah kita dan hubby dah dok dekat, kita dah lama tak drive.....lama2 tak drive kita dah jadi takut nak drive. Dan sekarang kat sini, kat Japan..kita terpaksa drive semula sbb nak antar dan amik anak dari sekolah tadika, sib baik yang dua atas sekolah dekat jer. Kat Japan mula2 pegang dan start enjin keta.....jantung kita bagai nak luruh, berdebar masa mula2 nak test drive sorang2 hari tu. Tapi dalam hati masa tu berkata, aku mesti buat sbb mmg kena buat...kalau tidak susah. Alhamdulillah dah bole drive semula walaupun dekat2 jer......jauh2 masih tak berani lagipun tempat orang.
    Rasanya ida dah memenuhi syarat yang pertama......syarat yg ke-2, kena tag 5 rakan blogger yang lain...Jap nk cari, sape yg belum di tag oleh yg lain...ok list kt bawah:
    1. My Little Kitchen - K'Nur
    2. -: : Teratak Impian -: : - K'Zai
    3. Kasih Redha - K'Kasih
    4. Coretanku - Acik Erna
    5. Ady Greatsword Empire Kitchen - Ady / abg Ady
    Kepada kelima2 yg ditag, jika terbaca, bila2 free dan tak kisah la bila pun, silalah amik award di atas beserta syaratnyer. Insyaallah jika free, ida ronda2 sampaikan mesej ini. Ambik tau jgn tak ambik....ia amat berharga sgt!! Pesanan dekat Ady....sebenarnya ida tak perasan award ni 'beautiful blogger erk bukan blog erk.....apa2 jer, beautiful tu cam encem gak..bole dua2 ppun kan..sorry Ady...

    Friday, July 8, 2011

    Mee Soba versi Ladna ....versi kacukan


    Mee soba Jepun yang telah dimelayukan sikit. Suka hati jer.........Semalam tiada n3 masak2, ida agak sibuk sikit, sbb petang ida attend majlis satu M'sia dgn embassy kat Solaria Nishitetsu Hotel. Makan free, saper tak nak kan.....
    Soba merupakan salah satu mee yang femes kat Japan ni. Ia diperbuat daripada campuran dua tepung ni 'buckwheat flour / soba-ko dan wheat flour / kumogo ko '. Tekstur dia liat2 sikit, lebih halus daripada mee udon ( bentuk dia cam mee lidi pun ada ) dan kaler light brown....bole tengok gambar kat bawah



    Soba ni sebenarnya macam2 cara di makan secara 'hot or cold'. Masa kat satu majlis tu, Ida pernah makan ' soba salad 'yg org jepun buat. Soba salad tu....mee soba yg ditabur sayur-sayuran segar, crabstick kemudian di curah dgn sos khas yg ready dijual kat kedai. Emmm...sedap jugak.

    BAHAN-BAHAN:
    • 2 pkt kecil mee soba ( 250 gm )
    • 4 ulas bawang putih..diketuk halus
    • 1/2 labu bawang besar..dicincang
    • 2 sd besar tepung jagung...dibancuh dgn sikit air
    • Air secukupnya sebagai kuah
    • 2 hiris kecil halia
    • 1 sd teh serbuk pati ayam * kali ni ida letak perencah mee udon 1/2 sd besar
    • 1 sd teh serbuk lada putih *
    • 1/2 sd teh serbuk lada hitam * boleh tambah
    • Garam secukup rasa
    • 1 sd teh air lemon
    • Udang secukupnya...dibuang kulit
    • 2 batang fish roll....dipotong
    • 1 ekor sotong...dipotong
    • Sayur-sayuran
    • Hiasan : daun bawang, daun sup/sadri ( hiris halus ) dan bawang goreng.
    CARA:
    • Celur mee soba sekejap, angkat dan toskan...ketepikan
    • Panaskan sikit minyak, tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit garing
    • Masukkan bawang besar & halia....tumis seketika.
    • Masukkan air secukupnya, bancuhan tepung jagung......kacau dan dididihkan
    • Masukkan bahan bertanda *, garam secukup rasa, air lemon, sayuran, fish roll, udang serta sotong ....didihkan sekejap sehingga udang dan sotong empuk
    • CARA HIDANG......
    1. Masukkan mee soba yg tidak dicelur ke dalam kuah dan didihkan seketika baru hidangkan
    2. Ambil sedikit mee soba yang dicelur, diletak ke dalam pinggan, cedok kuah, curahkan ke atasnya
    • Tabur daun bawang, daun sup/daun sadri serta bawang goreng sebelum dimakan.
    HAPPY WEEKEND SUME......

    Wednesday, July 6, 2011

    Keropok Lekor 2

    Sebenarnya dah banyak kali buat kopok lekor ni, yang ni dah lama buat juga, cuma kali ni ida kurangkan sikit tepung ubi kentang kpd 150 gm, sukatan bahan-bahan lain adalah sama sahaja seperti resepi sebelum. Untuk kali ni, tekstur dia lebih lembut sikit dari yang dulu.
    Boleh la kan sekadar melepaskan rasa kempunan nak makan, tapi tak leh la nak lawan kopok lekor T'ganu tu...
    So, lepas yg ni ida stop dulu buat kopok lekor, sbb dah rasa nk termuntah dah mkn.....mmg sejak buat kali pertama hari tu, terus menerus jugak la buat.....rasa cam dah jemu sangat, tambah-tambah lagi orang tukang buat ni..Sampai macam ni sekali kn
    Sekali lagi ida copy resepi sebelum ni kat sini........cuma ida tukar sukatan tepung katakuriko jer.
    Insyaallah, ada kelapangan nanti, ida pergi ronda2 satu dunia.....b/walking la.

    Bahan-bahan :
    • 1 kg isi ikan...dikisar ( ida beli isi ikan yg telah siap dikisar dlm 5 pkt )
    • 180 gm tepung 'warabi mochi ko' @ boleh pakai tepung sago
    • 150 gm tepung 'katakuriko'( tepung ubi kentang )
    • 1/4 sd teh baking powder

    • * kalau kat di M'sia, boleh pakai tepung sago dan tepung ubi kayu ATAU just letak tepung sago sahaja

    • 2 - 2 1/4 sd besar rata garam lebih kurang @secukup rasa
    • 6 ulas bawang putih...ditumbuk/dikisar halus @ lebih kurang 1 sd bsr yg telah dikisar
    • Tambahan sedikit air jika adunan keras....rasanya tak tambah pun dh ok sbb kalau lembik susah nk bentukkan.
    • 1/4 sd teh serbuk ajinomoto

    • CARA-CARA:

    • Campurkan semua bahan2 di dalam bekas yg besar kecuali air..uli / gaul sehingga sebati.
    • Pakai sarung tangan plastik jika tak mau lekat kt tangan
    • Jika keras baru tambah sikit air, kalau dah ok, tak perlu tambah.
    • Didihkan air separuh periuk...kalau boleh gunakan periuk yg agak besar sikit.
    • Masukkan sedikit tepung gandum/apa2 tepung ke dlm mangkuk kecil
    • Sediakan papan pencanai / papan pemotong sayur pun boleh. Tabur sedikit tepung ke atasnya.
    • Letak sedikit tepung pada tgn/pakai sarung tangan plastik. Ambil sedikit dr adunan...bentukkan / roll memanjang. Saiz terpulang kpd masing2. Ulangi sehingga habis.
    • Rebus keropok yg telah dibentukkan tadi seketika. Angkat jika nmpk terapung..sejatkan.
    • Simpan di dalam peti ais jika tidak habis digoreng..
    • Potong bulat serong sebelum digoreng.

    Ini versi ikan banyak punya!!!...kalau jual, mmg tarak untung...lugii lagi ada ni....so jual la dlm rumah sendiri. Untung ke, rugi ke...deng tak kisahh itu sume, janji sume kenyang dan puas hati dgn apa yg kita hidangkan...betul tak?


    Nak tahu ngaper kali ni rupa dia gelap sikit dari yang dulu.......sebab ida beli isi ikan, balik simpan dulu dlm fridge, esok baru buat...memang ada beza kan.....